Diari Hati

Wednesday, July 23, 2008

Bebas...

Dan hari ni (xceli dah beberapa hari dah...) aku nak umumkan, yang aku dah sebebas bebasnya... Yeszaaaaaaaaaaaaa.... suka bebenaor aku... Bukan apa.. Tuhan tu Maha Kaya dan petunjuk dan ilham yang Dia berikan padaku dulu... membuatkan apa yang aku putuskan dulu, ternyata tidak silap.

Dan Isnin lepas, Tuhan menunjukkan kepadaku.. Rupanya, mamat tu dh bertunang dan akan kawen dalam masa terdekat ni... Pergh... Aku cerita dekat Ikin dan Yana.. Depa yang sakit hati... Tapi tak apalah.. kalau dah jodoh dia.. aku lagi suka...

Hati aku??? Berbunga-bunga riang... rasa kalau boleh, aku nak lompat tinggi.. sampai jemariku mencecah pelangi... Aku mengulit bahagia sekarang.. walaupun orang tu sendir tak tahu...

Tapi... ha.. ada tapi tu....

Ada seorang yang aku gelarkan sahabat akan membantu aku dalam `menekel' si dia... Well.. tunggu jela apa keputusannya.. Yang penting AKU BAHAGIA!!!!!!!!!!!!!!

Dan Ya Allah... AKu mohon agar kebahagian yang aku kecapi berpanjangan... jangan lagi dilukai hati ini....
posted by Shanika Latisha at 3:50 AM 0 comments

Friday, July 4, 2008

transformasi...

Ehm.. agak lama aku tak menjengah diari hati ni.... Bukannya tak ada cerita tapi macam selalu, aku tak tau nak mulakan dari mana... Dan kali ni, ada kot sedikit cerita nak diluahkan.

Ehm.. sejak dua menjak ni, aku rasa satu transformasi besar-besaran sedang berlaku dalam hidup aku. Ehm... maksud aku dari aspek penampilan.

Bermula dengan pemilihan fesyen yang lebih hidup, muda dan bertenaga, aku kini tak boleh lepas dari make up. Dan terkini, aku gilakan make up MAC. Pergh... harga jangan cakaplah tapi it's ok asalkan hati aku suka dan confidence aku semakin hari semakin tinggi.

Penjagaan kulit pun aku dah bertukar. La ni aku tengah try Clinique. So far, ok la walaupun ada gak beberapa jerawat yang naik tapi itu sekadar proses perubahan benda yang aku pakai. Senang cakap, muka aku sedang menempuhi adaptation benda baru.

Yang paling best, aku la ni dah tak pakai spek lagi.. Yesza.... aku dah pakai contact lens. Dan perubahan ni la kot yang aku rasa paling ketara sebabnya semua orang kat opis tegur aku. Makin cantik... Dan rata-ratanya kata kay aku, aku sepatutnya dah pakai benda alah ni lama dulu... Well, tak kisahlah.. walaupun time aku pi beli contect lense tu pun secara mendadak,.. tak plan langsung...

Dan aku tak jangka aku sedang menempuhinya dan hati aku aku cukup seronok.. Dan itu yang paling penting kan???

oh.. sebelum tu.. ni ada satu benda lagi. Aku dah beli handset baru. Sony ericsson w580i. bolehlah buat pakai....(walaupun tak anggih mana... bagi aku, paling penting aku dapat hantar mesej dan call....)

So, apa lagi yang kau nak ek?? hi.. hi.. cukup la tu. aku nak kena simpan duit sebab dah nak masuk umah baru tak lama lagi... Dan sekarang ni pun, aku terfikir fikir.. apa nama yang sesuai untuk rumah aku tu.. Ehm.. ada idea tak????
posted by Shanika Latisha at 8:53 PM 0 comments