Diari Hati

Tuesday, June 16, 2009

Luahan hati....

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, aku terfikir untuk berhenti kerja. Bosan.. tak.. kerja yang aku lakukan sekarang, tak pernahnya membosankan aku. Malah, itulah antara perkara terindah yang aku lakukan dalam hidupku.

Tumpuanku kini hanyalah mahu berehat... bercuti.. yang paling penting... aku tak nak berada di kota untuk seketika waktu. Kehidupan di sini kadang kala membuatkan aku menjadi tepu.... kantung udara ku semakin menipis... makin menyesakkan aku... huh...

Dan aku merasakan seolah-olah berada di dalam lautan yang luas... aku berenang.. berenang dan terus berenang kerana itulah yang aku inginkan.. tapi.. sampai satu ketika... aku letih... letih berenang... dan yang aku mahukan... aku hanya ingin mendarat di mana-mana pulau untuk seketika.. untuk melepaskan lelah... ( metafora terbaik yang boleh mengambarkan keadaan aku sekarang.. menurut seorang sahabat...)

berbalik pada niatku untuk `berehat' dari kerja... aku rasa aku perlukannya... tapi aku tahu... aku akan mula kembali bosan setelah tiga atau empat hari bercuti... ironikan.............

Terkini... mindaku.. jiwaku... pemikiranku hanya bertumpu pada `ukiran jiwa' terbaru ku... menggelamkan diri ke dalamnya sekurang-kurangnya berjaya membawa aku ke alam lain... alam yang memaksa aku mengenali beberapa perkara baru....

Oh jiwa... tenanglah di kau dalam membawaku ke alam rahsiaMu...

p/s: kerinduan lagi.... ah............. kacau....
posted by Shanika Latisha at 12:00 AM 0 comments

Friday, June 5, 2009

Mei... yang kelabu....

huh... tiba lagi bulan mei... dan tahun ni, mei aku suram sikit.. lebih tepat.. banyak benda yang membuatkan aku penat....

First week...
Abah kemalangan.. mujur tak teruk... teruk tak teruk pun, bahu dia patah. plan asal nak pergi cameron highland... terbatal terus. yang bestnya, abah kena pagi hari yang kami nak pi sana... well.. maybe Allah nak selamatkan kami dari `benda' yang lebih besar.... so, minggu tu.. hati aku nanar sekejap.. sedih tengok abah yang dok sakit mcm tui.. lengan bergantung... lebam sana sini.... tangan berjahit.. huh... Dan la aku jaga abah lima ari.. lepas tu, dia dh suruh aku balik sini...


second week...
still balik kg... hati tak habis lagi berpenasaran.....

3& 4........

Hari berjalan macam biasa.... walapun hati tak seronok macam biasa.... yang aku tahu.. aku penat sangat....

Hujung bulan... depa semua turun kl... lega sikit hati aku mama ngan abah depan mata... Cuma beberapa hari tu.. aku selalu `black out'.. tak pun.. melayang sampai nak jalan pun kena pegang dinding.... huk..huk.. tanda aku dah letih sangat sangat.. mental, soul, mind and psychical.... tidur dah ke mana... makan pun ala-ala je... pergh.... cuma lepas depa semua balik kulim... aku dapat tidor lebih daripada lima jam.... ehm.. ok la tu...

Yang penting.. i'm still alive....
posted by Shanika Latisha at 12:28 AM 0 comments