Diari Hati

Tuesday, June 16, 2009

Luahan hati....

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, aku terfikir untuk berhenti kerja. Bosan.. tak.. kerja yang aku lakukan sekarang, tak pernahnya membosankan aku. Malah, itulah antara perkara terindah yang aku lakukan dalam hidupku.

Tumpuanku kini hanyalah mahu berehat... bercuti.. yang paling penting... aku tak nak berada di kota untuk seketika waktu. Kehidupan di sini kadang kala membuatkan aku menjadi tepu.... kantung udara ku semakin menipis... makin menyesakkan aku... huh...

Dan aku merasakan seolah-olah berada di dalam lautan yang luas... aku berenang.. berenang dan terus berenang kerana itulah yang aku inginkan.. tapi.. sampai satu ketika... aku letih... letih berenang... dan yang aku mahukan... aku hanya ingin mendarat di mana-mana pulau untuk seketika.. untuk melepaskan lelah... ( metafora terbaik yang boleh mengambarkan keadaan aku sekarang.. menurut seorang sahabat...)

berbalik pada niatku untuk `berehat' dari kerja... aku rasa aku perlukannya... tapi aku tahu... aku akan mula kembali bosan setelah tiga atau empat hari bercuti... ironikan.............

Terkini... mindaku.. jiwaku... pemikiranku hanya bertumpu pada `ukiran jiwa' terbaru ku... menggelamkan diri ke dalamnya sekurang-kurangnya berjaya membawa aku ke alam lain... alam yang memaksa aku mengenali beberapa perkara baru....

Oh jiwa... tenanglah di kau dalam membawaku ke alam rahsiaMu...

p/s: kerinduan lagi.... ah............. kacau....
posted by Shanika Latisha at 12:00 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home