Diari Hati

Monday, May 18, 2009

pasti????

"Susah sangat ke nak bagi kepastian??? Kalau nak, cakapla betul-betul... bagi kepastian.. bagi tanda yang aku boleh yakin... sampai bila aku nak hidup dalam bayang-bayang?? Ketidakpastian dalam satu perhubunga???" Aku yang mendengar keluh kesah si sahabat, terperanggah. Terdiam aku sebentar. Malah, dia yang jarang-jarang membebel tentang kehidupan, kini berleter panjang... hingga membuatkan aku terkebil-kebil memandanganya.

Nah.. setelah memasang telinga barang sejam dua, mendengar jeritan hatinya.. aku berpenghujung dengan helaan nafas panjang. Hingga malam yang mengantikan siang, aku terus teringat-ingat keluhan si sahabat itu.

Dan ketika itu, baru aku terasa betapa `peritnya' berada di dalam hubungan yang tak pasti. Teraba-raba dalam kesiangan, pasti membunuh hati sedikit demi sedikit...

Sesiapa pun tak suka, malah tak sanggup untuk berada di dalam hubungan yang tak pasti. Umpama berada dalam keadaan koma, bak kata si sahabat... mati pun tidak.. hidup pun tidak....

Hendak memujuk si sahabat, aku sendiri tidak pasti bagaimana... sementelah aku sendiri......... entahlah.... bagi aku aku.. biarlah segalanya jelas seperti terangnya si matahari pada siang hari dan gelapnya malam walaupun disimbahi cahaya bulan.... Yang nyata... memang perit kalau berada dalam ketidak pastian itu....

Buat yang `mendengar' .... maklumkanlah pada kepastian hati itu...
posted by Shanika Latisha at 12:48 AM 0 comments