Diari Hati
Wednesday, July 22, 2009
Menerima....
Tergelak-gelak mama dengar aku bercerita apa yang berlaku pada aku minggu lepas..
"Ala... tak ada apa-apa la tu.. sikit sangat.."ucap mama dalam ketawa yang belum bersisa.
'Tapi penat sangat-sangat..." aduku.
"Memang la penat... tiap-tiap minggu... dengan kerja lagi... mama faham... tapi Allah tak akan sia-siakan apa yang kita buat kalau ikhlas.. ni ikhlas tak terima..." tanya mama.. sentap aku kejap...
"Ikhlas..." akhirnya aku jawab... Mama gelak lagi.
"Anggap saja benda ni satu latihan nak ajar along agar lagi menerima... ni baru adik beradik kita sendiri, saudara kita sendiri... esok esok, kalau dah kahwin.. dengan keluarga suami... kawan-kawan suami...ipar duai lagi... lagilah kena sabar... lagilah kena menerima.." nasihat mama.. Aku senyap. Cuba menafsirkan apa yang mama kata...
'Tak yah pening-pening.. Buat rileks saja... Jangan buat muka.. terima saja..." macam tau saja apa yang aku tengah fikir... ehm... aku kalau dah penat yang amat... memang muka macam apa... memang tak leh nak buang...
"Yelah........" kataku panjang.
"Terima orang dengan hati ikhlas... Allah lagi mudahkan rezeki tau..." umpan mama. Aku lepas nafas.
"Seronok tak orang datang rumah?" tanya mama lagi mengumpan.
"Memangla seronok. Tapi dah sebulan along tak rehat langsung... Tak berhenti orang datang... kena layan orang..." sekali lagi aku mengadu. Mama ketawa halus. Cukup mendamaikan hati aku yang sejak beberapa hati tidak keruan.
"Tak apa. Tu tanda Allah nak murahklan rezeki along. Nak ajar along lagi sabar. Anggap je ujian.. Cabaran dari Allah. Kalau along boleh sabar.. tu tandanya along dah semakin menerima....Alah kan sayang orang-orang yang sabar... yang suka berkongsi. Anngap saja ni macam peristiwa Hijrah.. macam mana orang Ansar menerima orang Mujahirin... tengok macam Allah murahkan rezeki mereka... macam mana Nabi Muhammad sayangkan mereka..." langsung mama memberi nasihat lagi. Membuka kefahaman aku terhadap konsep penerimaan.. konsep bersabar...
Kata-kata mama itu membuatkan hati aku sejuk.. makin memahami putaran alam yang sedang aku hadapi. MENERIMA...
Bagi orang lain, mungkin mudah untuk mereka menerima kehadiran orang lain dalam putaran hidup mereka... berkongsi apa yang mereka ada...
Tapi bagi aku.. itulah paling yang susah. Berkongsi, menerima, meminta tolong.. aduh... memang susah untuk aku lakukan benda ni. Dan kerana inilah... aku susah nak menerima orang datang ke rumah aku. Bukannya apa... aku takut...
Dan apa yang berlaku pada aku sejak sebulan lepas... menunjukkan aku masih dalam peliharaan Allah.. dalam Kerahmatan Allah....
Dan kerana itu, sejak bulan lepas...rumah aku tak henti-henti dikunjungi orang. Hari minggu yang sepatutnya menjadi waktu rehat, `hilang' dek kerana menguruskan kunjungan tetamu...
Penat... cuma Allah saja yang tahu. Mujur aku tak perlu memasak tetapi terpaksa menjadi `pemandu' kepada tetamu aku memang melelahkan aku sementelah pada hari-hari biasa, hari-hari bekerja aku, aku terpaksa memandu.
Dan waktu itulah juga, kerja di pejabat menimbun-nimbun dari biasa. Dan waktu itu itu jugalah, aku terpaksa mengganti kerja sahabat aku... Adeh.. kelelahan lagi.
Dan dek kerana semua-semua itu, kaki aku `cramp' setiap malam kerana penat memandu... waktu tidur aku juga hanya sekadar 2-3 jam... hari off aku yang sepatutnya dua hari.. hanya dapat satu hari setiap minggunya.... adehhhhhhhhhhhhh...
But deep bottom of this `chaos'... i learn the most expensive... valuable.... important experience.... i learn how to be patient.... to be more acceptances...
Hmmmmmmmmmm... akhirnya.. apabila aku kembali pada pangkuan mama... menyandarkan kepala di ribanya.... segalanya rasa tenang.. rasa nyaman... memejam mata sesaat... menjenguk seketika saat-saat yang aku lalui... aku lepas nafas panjang... hamburan kelegaan, aku sedut sedalamnya.... Dan rupanya... aku mampu melakukannya.. mampu menerima kehadiran `yang lain' dalam putaran hidup aku...
Dan aku rasa... menerima itu sebenarnya mudah... kalau dilakukan dengan hati yang ikhlas... tak gitu.... :)

posted by Shanika Latisha at 9:12 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home