Diari Hati

Thursday, October 15, 2009

Andainya

Ada salah yang mengundang marah...
Ada kilaf yang mengundang diam...
Ada keterlanjuran mengundang sepi...
Ada silap yang membuatkan diri menjauh....


Pintaku.. mohonku...

Berikan aku jawapan agar persoalan terjawab...
Berikan panduan agar langkah ini tidak lagi tersasar...
Jangan terus mengunci kata.... mengikat lidah... memendam rasa....
Berikan kemaafan kerana aku hanyalah manusia biasa....

sungguh...
aku amat perlukan mu...
posted by Shanika Latisha at 5:57 AM 0 comments

Thursday, October 8, 2009

Di hentian ini....


hentian ini...
aku bermunajat,
agar Dia...
kembalikan kekasihku...
yang menjadi syurgaku...
kerana...
hanya dia yang dapat jauhkan kesepian,
yang saban malamnya menyelimuti lenaku..
agar....
sinar terus memayungi alam...
bersama bulan yang tak perlu kelam...

padaMu...
aku bertasbih...
agar gengaman tangaku padanya...
tidak lagi longgar....
dalam membawaku
menuju pelabuhan hakiki...
posted by Shanika Latisha at 11:11 PM 0 comments

Tuesday, August 18, 2009

Salam hari lahir

Buat dia yang tersayang... yang baru bertahta di hati... yang makin dekat di jiwa....

Aku ucapkan..

Selamat Hari lahir...

Moga Allah merahmati hari-harimu... membahagiakan jiwamu...

SALAM KASIH DARI JAUH... SELAMAT HARI LAHIR...
posted by Shanika Latisha at 10:06 PM 0 comments

Friday, July 31, 2009

yesterday....

Yesterday

I just can’t believe you’re gone
Still waiting for morning to come
Wanna see if the sun will rise even without you by my side
When we have so much in store tell me what it is I’m reaching for
When we’re through building memories I’ll hold yesterday in my heart
In my heart

Chorus
They can take tomorrow and the plans we made
They can take the music that we’ll never play
All the broken dreams take everything
Just take it away
But they can never have yesterday
They can take the future that we’ll never know
They can take the places that we said we would go
All the broken dreams take everything
Just take it away
But they can never have yesterday

You always used to say I should be thankful for every day
Heaven knows what the future holds or at least how the story goes
(But I never believed them till now)
I know I’ll see you again I’m sure no it’s not selfish to ask for more
One more night one more day
One more smile on your face but they can’t take yesterday

Chorus

I thought our days would last forever
(But it wasn’t our destiny)
‘Cause in my mind we had so much time
But I was so wrong
Now I can believe that I can still find the strength in the moments we made
I’m looking back on yesterday

Chorus

All the broken dreams take everything
But they can never have yesterday

.....

Emosi aku bergelora lagi... baru saja radar hati hendak mencecah radius - radius kegembiraan, terus jatuh berderai dengan berita 30/7/2009... ya... semalam...

Semalam yang pedih... semalam yang menyiat hati aku... semalam yang membuatkan hati aku yang tenang, bergelora sakan... dan semalam juga.. air mata aku tumpah lagi... ( hingga saat ini pun.. masih berderai.. masih membasahi pipi..)

Bak kata Bib... dia memang pejuang sejati.. pejuang dalam dimensi.. realiti... dunianya tersendiri... sejak lapan bulan lalu... dia cukup gagah berjuang... membuatkan setiap doktor yang merawatnya tidak boleh berkata tidak... menyakinkan ayah dan ibunya agar tidak berputus asa padanya... membuatkan aku sentiasa tidak gagal mengingatinya... mendoakannya....

Dan akhirnya... dia tersenyum tatkala Kekasih Agung menjemputnya....

Sejak semalam... sejak dia kami kembalikan kepada penciptaNya... hati aku tak henti mengingatinya.... tak henti menangis walaupun aku tahu kala itu, aku perlu kuat.... perlu tabah untuk sahabatku...

Tapi menangis bersamanya membuatkan aku mengerti seti hakikat ini.... hakikat perit kehilangan.. meredhakan seseorang yang paling kita sayang...

Kala aku menerima berita... segalanya seolah terhenti.... masa menjadi tepu.... akal dan hati seolah menjadi lohong yang gelap... yang gelap... yang panjang....

Dan ketika aku memecut ke tanah perkuburan... aku tak ingat apa-apa selain daripada mahu sampai situ secepat yang mungkin....

Memeluk si sahabat seeratnya.... tempias duka itu melekat kejap dalam hati aku... menyabarkan si sahabat... air mata aku tahan semahunya... Melihat dia rebah... demi Allah... mahu saja aku meraung...

Dan waktu ini... aku terasa yang aku sedang menyandar pada bahu seseorang dengan dipeluk erat.. menenangkan aku... Tapi realitinya.. aku masih menangis keseorangan....

posted by Shanika Latisha at 2:12 AM 0 comments

Wednesday, July 22, 2009

Menerima....

Tergelak-gelak mama dengar aku bercerita apa yang berlaku pada aku minggu lepas..

"Ala... tak ada apa-apa la tu.. sikit sangat.."ucap mama dalam ketawa yang belum bersisa.
'Tapi penat sangat-sangat..." aduku.
"Memang la penat... tiap-tiap minggu... dengan kerja lagi... mama faham... tapi Allah tak akan sia-siakan apa yang kita buat kalau ikhlas.. ni ikhlas tak terima..." tanya mama.. sentap aku kejap...
"Ikhlas..." akhirnya aku jawab... Mama gelak lagi.
"Anggap saja benda ni satu latihan nak ajar along agar lagi menerima... ni baru adik beradik kita sendiri, saudara kita sendiri... esok esok, kalau dah kahwin.. dengan keluarga suami... kawan-kawan suami...ipar duai lagi... lagilah kena sabar... lagilah kena menerima.." nasihat mama.. Aku senyap. Cuba menafsirkan apa yang mama kata...
'Tak yah pening-pening.. Buat rileks saja... Jangan buat muka.. terima saja..." macam tau saja apa yang aku tengah fikir... ehm... aku kalau dah penat yang amat... memang muka macam apa... memang tak leh nak buang...
"Yelah........" kataku panjang.
"Terima orang dengan hati ikhlas... Allah lagi mudahkan rezeki tau..." umpan mama. Aku lepas nafas.
"Seronok tak orang datang rumah?" tanya mama lagi mengumpan.
"Memangla seronok. Tapi dah sebulan along tak rehat langsung... Tak berhenti orang datang... kena layan orang..." sekali lagi aku mengadu. Mama ketawa halus. Cukup mendamaikan hati aku yang sejak beberapa hati tidak keruan.
"Tak apa. Tu tanda Allah nak murahklan rezeki along. Nak ajar along lagi sabar. Anggap je ujian.. Cabaran dari Allah. Kalau along boleh sabar.. tu tandanya along dah semakin menerima....Alah kan sayang orang-orang yang sabar... yang suka berkongsi. Anngap saja ni macam peristiwa Hijrah.. macam mana orang Ansar menerima orang Mujahirin... tengok macam Allah murahkan rezeki mereka... macam mana Nabi Muhammad sayangkan mereka..." langsung mama memberi nasihat lagi. Membuka kefahaman aku terhadap konsep penerimaan.. konsep bersabar...


Kata-kata mama itu membuatkan hati aku sejuk.. makin memahami putaran alam yang sedang aku hadapi. MENERIMA...

Bagi orang lain, mungkin mudah untuk mereka menerima kehadiran orang lain dalam putaran hidup mereka... berkongsi apa yang mereka ada...

Tapi bagi aku.. itulah paling yang susah. Berkongsi, menerima, meminta tolong.. aduh... memang susah untuk aku lakukan benda ni. Dan kerana inilah... aku susah nak menerima orang datang ke rumah aku. Bukannya apa... aku takut...

Dan apa yang berlaku pada aku sejak sebulan lepas... menunjukkan aku masih dalam peliharaan Allah.. dalam Kerahmatan Allah....

Dan kerana itu, sejak bulan lepas...rumah aku tak henti-henti dikunjungi orang. Hari minggu yang sepatutnya menjadi waktu rehat, `hilang' dek kerana menguruskan kunjungan tetamu...

Penat... cuma Allah saja yang tahu. Mujur aku tak perlu memasak tetapi terpaksa menjadi `pemandu' kepada tetamu aku memang melelahkan aku sementelah pada hari-hari biasa, hari-hari bekerja aku, aku terpaksa memandu.

Dan waktu itulah juga, kerja di pejabat menimbun-nimbun dari biasa. Dan waktu itu itu jugalah, aku terpaksa mengganti kerja sahabat aku... Adeh.. kelelahan lagi.

Dan dek kerana semua-semua itu, kaki aku `cramp' setiap malam kerana penat memandu... waktu tidur aku juga hanya sekadar 2-3 jam... hari off aku yang sepatutnya dua hari.. hanya dapat satu hari setiap minggunya.... adehhhhhhhhhhhhh...

But deep bottom of this `chaos'... i learn the most expensive... valuable.... important experience.... i learn how to be patient.... to be more acceptances...

Hmmmmmmmmmm... akhirnya.. apabila aku kembali pada pangkuan mama... menyandarkan kepala di ribanya.... segalanya rasa tenang.. rasa nyaman... memejam mata sesaat... menjenguk seketika saat-saat yang aku lalui... aku lepas nafas panjang... hamburan kelegaan, aku sedut sedalamnya.... Dan rupanya... aku mampu melakukannya.. mampu menerima kehadiran `yang lain' dalam putaran hidup aku...

Dan aku rasa... menerima itu sebenarnya mudah... kalau dilakukan dengan hati yang ikhlas... tak gitu.... :)
posted by Shanika Latisha at 9:12 PM 0 comments

akan datangg....

Jangan kau ragu terhadapku
Takkan kubiar kau tertunggu
Bersabarlah kau menantiku
Jangan terlalu kau memburu
Takkan lari yang dikau cari
Akan pasti saat yang dinanti
Pastikan datang detik waktu
Saat ditunggu saat denganmu
Pastikan datang jua waktu
Dalam hatiku kau dekat selalu
Setiap kata dari hati
Takkan sekali kumungkiri
Ku berjanji untuk mu di sini
Setiap detik yang berlalu
Tak sabar untuk ku bertemu
Dan menghitung saat dengan mu
Sehingga ditemukan kita
Sehingga disatukan rasa
Percayalah di antara kau dan aku
Kita sama berteman rindu

p/s: tetiba saja lagu ni bermain di fikiran.... ada makna... ada tafsiran ke???

adeh..........
posted by Shanika Latisha at 9:09 PM 0 comments

Tuesday, June 16, 2009

Luahan hati....

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, aku terfikir untuk berhenti kerja. Bosan.. tak.. kerja yang aku lakukan sekarang, tak pernahnya membosankan aku. Malah, itulah antara perkara terindah yang aku lakukan dalam hidupku.

Tumpuanku kini hanyalah mahu berehat... bercuti.. yang paling penting... aku tak nak berada di kota untuk seketika waktu. Kehidupan di sini kadang kala membuatkan aku menjadi tepu.... kantung udara ku semakin menipis... makin menyesakkan aku... huh...

Dan aku merasakan seolah-olah berada di dalam lautan yang luas... aku berenang.. berenang dan terus berenang kerana itulah yang aku inginkan.. tapi.. sampai satu ketika... aku letih... letih berenang... dan yang aku mahukan... aku hanya ingin mendarat di mana-mana pulau untuk seketika.. untuk melepaskan lelah... ( metafora terbaik yang boleh mengambarkan keadaan aku sekarang.. menurut seorang sahabat...)

berbalik pada niatku untuk `berehat' dari kerja... aku rasa aku perlukannya... tapi aku tahu... aku akan mula kembali bosan setelah tiga atau empat hari bercuti... ironikan.............

Terkini... mindaku.. jiwaku... pemikiranku hanya bertumpu pada `ukiran jiwa' terbaru ku... menggelamkan diri ke dalamnya sekurang-kurangnya berjaya membawa aku ke alam lain... alam yang memaksa aku mengenali beberapa perkara baru....

Oh jiwa... tenanglah di kau dalam membawaku ke alam rahsiaMu...

p/s: kerinduan lagi.... ah............. kacau....
posted by Shanika Latisha at 12:00 AM 0 comments