Diari Hati

Monday, February 2, 2009

jumpa lagi

Dah lama rasanya aku tak menulis apa-apa dalam N3 ini.. bukan apa.. aku macam biasa, tak tahu nak ceritakan apa yang aku rasa.. tak tahu mana patut aku mula....

Nak dikisahkan, memang banyak.. terlalu banyak hinggakan aku sendiri buat-buat lupa dengan apa saja yang terjadi... senang cakap, maleh nak fikir lagi... Dah nak dekat setengah tahun aku tak menulis apa... lama kan....

Antara perkara besar yang terjadi.. novel ku yang ketiga, dah pun menjengah pada September 2008 lalu.... Alhamdulilah.. feed back yang aku dapat, cukup membuatkan aku tak sabar nak berkarya semula. Saat aku hidupkan semula watak Aril..., aku tak dapat tidak... menghadirkan kembali satu nama yang pernah bertahta dalam hati ni... Dan aku berani kata, cuma aku saja yang memanggilnya dengan nama itu... dan aku abadikan namanya dalam watak utama dalam novel aku itu...

Dan kini, perjalananan dalam kanvas penceritaan aku bermula kembali... Kini, dengan watak Shah, aku akui novel kali ini amat dekat dengan hati aku... hendak katakan aku terluka... calarnya tetap ada... jadi.. hati aku enggan lagi berbicara kecuali di kanvas penceritaan...

Lain cerita, aku dah masuk rumah baru.. alhamdulilah.... berkat kerja keras dan doa serta keizinan Allah dan keluarga, aku kini mampu berbangga dengan milik ku yang satu ini.... (selepas Boboi aku la kan...) Aku mula mendiami rumah baru ni, pada Krismas lepas... ehm... bestnya.. Allah saja yang mampu menterjemahkan isi hati ini...

Ah.. aku tahu soalan itu pasti akan muncul... Hati ini belum terusik.. belum terbuka dengan sepenuhnya walaupun aku banyak kali mencuba... entahlah sampai bila namun aku benar benar berharap agar jiwa ini akan terisi.. akan dimiliki.... akan disayangi...

Biarpun perjalanan hidup llu meninggalkan jejak yang cukup membuatkan aku berkata ' aku dah berhenti mencari cinta' dan ' aku benci dengan insan itu'... namun banyak juga insiden aku dipertemukan dengan seseorang yang membuatkan hati berdetik....


Ehm... lupa nak bagitahu... 'dia' dah lama mati dalam kamus hidupku.. dalam jiwaku... jangan anggap aku kejam andainya, dialah satu-satunya lelaki yang paling aku benci dalam seluruh kehidupanku.... cukuplah.... hatta bayangnya pun aku tak sudi melihatnya....

ehm... aku masih aku yang dulu dengan kekuatan yang semakin kukuh terhadap...
Jumpa lagi............................
posted by Shanika Latisha at 11:07 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home