Diari Hati

Tuesday, January 8, 2008

Sayang sayang,









Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku

Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak…
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu

Jauh di dasar hatiku
Inginku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang



Pertama kali mendengar lagu dendangan Aliff Aziz ni, aku tak rasa apa-apa pun tapi apabila dah banyak kali dengar, syok pula.

Bukan apa. Cuma lagu ni ada impact tersendiri pada diri aku dan disebabkan aku dah lama tak up date entries ni, aku rasa, ni yang terbaik untuk aku coretkan.

Tak nak dikatakan lagu ni ada kaitan dengan abang tapi sipi-sipi tu ada la kot. Ehm, bercerita tentang abang, dah banyak benda yang berlaku dan aku sendiri pun tak tahu apa nak cerita. Sum of the story, lately aku dah `tak ada komunikasi' dengan abang.

Rasanya last sekali aku bersembang dengan abang, masa aku bagi sambal daging masa aku balik dari kampung raya korban hari tu. Dan aku rasa, setiap kali Raya Korban, tiap kali tulah hati aku akan `terkorban'.

Bukan nak mengadu tapi last time, masa dengan Shah pun, segala rahsia terbongkar masa raya ni. Dan kali ni pun, perkara yang sama terjadi pada masa yang sama. Kekadang tu, naik fobia juga aku tiap kali datangnya Aidiadha....

Pasal abang, dia macam tu jugaklah aku tengok. Dan sejak kebelakangan ni, makin sibuk dia. Mana taknya, cuma dia dan akak Jib je yang keje. Mahu tak tertonggeng dua-dua tu nak kejar page...

Dan aku rasa, itulah sebab paling kukuh kenapa tiada komunikasi antara aku ngan abang lately ni. Dan aku pun, sibuk juga... Cuma aku rasa, aku masih lagi boleh bernafas dan pejamkan mata untuk tinggalkan kerja-kerja pejabat barang sesaat dua.

And to make it worse, Kak Jib pun macam sedih tengok aku. Aku tau dalam tak sedar, dia suruh aku sabar dan tiap kali bercerita pasal abang, mesti ada nada sedih.. Tah la akak.. aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Aku hargai apa yang akak buat untik kami berdua...

Nak tutup hati, aku teringatkan mama dan abah... Ehm... entahlah. Biarlah ia terus menjadi rahsia dah rahmat Tuhan pada aku nanti....

:)....

posted by Shanika Latisha at 9:43 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home